Realiti kehidupan dan kebahagian hidup dalam sesebuah rumah tangga boleh diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Zuriat pula adalah penerus atau waris yang bakal menggantikan warisan kehidupan keluarga juga penyambung keturunan. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w menegaskan yang bermaksud: “Biasanya wanita dikahwini kerana empat nilai. Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka utamakanlah yang beragama”- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Dalam konteks ‘kerana keturunannya’ maka, pemilihan faktor keturunan merupakan pemilihan benih zuriat yang baik dan utamakan dengan memilih orang yang jauh daripada hubungan kekeluargaan. Dalam soal memperolehan zuriat ini, Rasulullah s.a.w pernah menjelaskan tentang faktor kesuburan dan kemampuan untuk melahirkan zuriat.
Dari Mu’qab Ibn Yasar meriwayatkan dengan maksud: “Seseorang lelaki telah datang bertemu Rasulullah s.a.w dan berkata: “saya peroleh seorang wanita berketurunan baik dan berkedudukan, tetapi dia tidak boleh melahirkan zuriat, patutkah aku mengahwininya? Rasulullah s.a.w melarang lelaki itu daripada melakukannya. Lelaki itu kemudian datang untuk kali kedua, tetapi dilarang oleh Rasulullah. Kemudain lelaki itu datang untuk kali ketiga dan keempat, juga Rasulullah melarangnya dan bersabda: ‘Kahwinilah perempuan yang penyayang lagi mampu melahirkan ramai anak. Kerana aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai”- Hadis riwayat Ann-Nasa’i.
Tentang hubungan dengan kedudukan zuriat dalam sesebuah rumah tangga, ia berkait rapat dengan kepentingan sesebuah perkahwinan. Zuriat itu pula merupakan nikmat yang boleh memberi kebahagiaan dalam rumah tangga. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Harta dan anak-pinak adalah perhiasan hidup dunia”- surah Al-Khaf:46. Anak juga adalah sebagai cahaya mata kepada ibubapa.
Oleh itu, menjadi satu perkara yang amat penting bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga yang belum memperoleh zuriat untuk berusaha dan berikhtiar mencari jalan dengan pelbagai cara yang sesuai untuk mendapatkan zuriat agar boleh menyambung keturunan mereka.
Dengan demikian, ianya adalah satu perkara yang tidak menghairankan mengapa para nabi sentiasa berdoa untuk mendapatkan zuriat. Dalam al-Quran terdapat doa nabi Zakaria yang bermaksud : “Dana ingatlah kisah Zakaria tatkala beliau menyeru Tuhannya, ‘Wahai Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sedangkan engkau waris yang paling baik. Maka kami un memperkenankan doanya dan kami anugerahkan kepadanya Yahya” – surah Al-Anbiya’:21
Amalan dan contoh tauladan Rasulullah s.a.w dalam hubungan kasih sayang terhadap anak cucunya boleh kita jadikan ikhtibar. Baginda semasa hayatnya digambarkan pernah mencium pipi Hasan dan Ali. Inilah tanda sentuhan kasih sayang yang dicurahkan oleh Rasulullah kepada anak cucunya.
Baginda menegaskan, perbuatan ini adalah merupakan tanda kasih sayang seorang ayah terhadap anak-anaknya. Bagi menambat hubungan kasih sayang dalam keluarga, kita perlulah sentiasa berdoa dan memohon agar Allah s.w.t melindungi keluarga kita daripada pelbagai musibah yang boleh menjejaskan kesejahteraan hidup.
Sekali lagi di tegaskan di sini, bagi setiap pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan zuriat atau belum menimang cahaya mata mestilah berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Begitu juga bagi pasangan yang ingin menambah bilangan cahaya mata agar sentiasa berusaha untuk menambah bilangan umat nabi Muhammad s.a.w. Setelah berusaha dan berikhtiar, bertawakal kepada Allah agar diperkenankan doa-doa kita. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah sahaja yang akan menentukannya.
Minuman berfungi ‘Bidadari’ adalah salah satu alternatif usaha bagi pasangan yang masih mengimpi-impikan untuk menimang cahaya mata. Moga Allah sahaja akan memberkati usaha-usaha dan perkenankan doa kita, insya-Allah…
No comments:
Post a Comment