website translation
SELAMAT DATANG...
JEMPUT MASUK...

Ladybugs ni sentiasa mengalu-alukan tetamu yang masuk blog ni serta berbesar hati pada tetamu wanita2anggun tinggalkan sebarang pendapat/komen yang membina di kotak komentar...atau sebarang pertanyaan boleh di ajukan juga... nanti ladybugs akan jawab...!

Friday, October 10, 2008

Kenapa Duit Selalu Tak Cukup?


Hai.. Duit, duit..

Selalu sahaja dengar suara-suara sana sini mengatakan baru sahaja dapat gaji, duit sudah habis. Gaji masuk ribu-ribu, tapi belum sempat panas di tangan sudah habis. Yela...macam mana pula tidak habis kalau tidak di gunakan. Cuba kita semak kembali segala perbelanjaan kita. Adakah perbelanjaan kita melebihi pendapatan atau perbelanjaan sama banyak dengan pendapatan kita. Kita perlu peka tentang aliran kewangan kita. Terlalu banyak yang kita tanggung untuk perbelanjaan setiap bulan. Bil-bil utiliti, bayaran ansuran kereta, ansuran rumah, pakaian, makan minum, persekolahan anak-anak juga tidak terkecuali ansuran 'personal loan'. Malah, lebih-lebih lagi kad kredit yang hanya menambahkan beban hutang kita sahaja.

Cuba kita tengok dan semak betul-betul. Apa yang menyebabkan gaji kita habis dengan sekelip mata. Dengan keadaan ekonomi sekarang, kenaikan harga barang memang tidak dapat di sangkal lagi. Walaupun harga minyak turun, tetapi harga barang tetap tidak turun-turun juga. Hanya beberapa gedung membeli-belah sahaja yang melakukan promosi penurunan harga barang. Mungkin, kita boleh jadikan alternatif pilihan tempat untuk berbelanja. Jadi, kita sebagai pengguna haruslah bijak memilih tempat terbaik untuk perbalanjaan harian. Sudah tentu kita dapat melakukan perbalanjaan mengikut bujet kita.

Selain itu, kita perlulah imbas kembali gaya hidup kita. Mungkin ianya di luar kemampuan kita. Maklum sajalah, tengok kawan-kawan tukar pakai handset jenama atau 'up to date' kita pun nak tukar dan pakai juga. Konon tidak mahu ketinggalan zaman dan terasa tidak mengikut peredaran teknologi semasa pula. Pakaian pula selalu bertukar ganti atau mahukan fesyen-fesyen semasa juga hanya membeli yang 'branded'. Manakala aksesori pula, selalu dibeli berlebihan untuk dijadikan koleksi peribadi. Kononnya terasa bosan memakai aksesori sama setiap hari, maka kita peruntukan wang untuk aksesori bukan untuk simpanan. Bukanlah kita ini perlu ikutkan kata hati atau bila aksesori dipandang cantik, terus sambar untuk dimiliki. Mungkin tidak mahu terlepas peluang untuk miliki idaman hati.

Ini cerita pengguna kad kredit pula. Bagi pengguna kad kredit, inilah satu-satu perkara yang akan mengundang beban atau masalah jika penggunaannya tidak terkawal. Apabila sudah tidak terkawal, kita tidak dapat menampung pembayaran balik kad kredit tersebut kerana gaji yang terhad. Maka kita akan lambat membayar kerana cuba melunaskan sedikit demi sedikit. Dengan ini semakin tinggi kadar faedah yang akan kita tanggung. Justeru itu, meningkatlah hutang piutang yang terus menjadi bebanan kita. Kesudahannya, gaji akan tetap tidak mencukupi kerana kita utamakan pembayaran hutang kad kredit.

Bukan hanya setakat enggunaan kad kredit yang berlebihan. Malah pengeluaran harian atau aliran tunai kewangan yang tidak dirancang menyebabkan ketidak sedaran pengeluaran wang tunai kita. Pada hakikatnya, ini sangat berkait rapat pada sikap kita dalam merancang perbalanjaan harian. Kita perlu semak, adakah perbalanjaan yang ingin kita lakukan itu perlu dilakukan serentak mengikut kehendak kita dalam satu masa. Jangan kerana ikutkan nafsu, gaji bulanan kita hanya digunakan kepada perkara-perkara yang tidak penting. Sedangkan cara atau sistem kewangan yang betul adalah cara agihan kita merancang di mana kita peruntukan untuk kecemasan dan simpanan masa depan.

Jadi, bagaimana dengan anda? Adakah anda mengalami situasi sebegini...

No comments:

Post a Comment