website translation
SELAMAT DATANG...
JEMPUT MASUK...

Ladybugs ni sentiasa mengalu-alukan tetamu yang masuk blog ni serta berbesar hati pada tetamu wanita2anggun tinggalkan sebarang pendapat/komen yang membina di kotak komentar...atau sebarang pertanyaan boleh di ajukan juga... nanti ladybugs akan jawab...!

Saturday, July 19, 2008

Mainan Merangsang Deria Bayi

Dalam membesarkan anak-anak, kadangkala ada ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap alat yang mampu merangsang daya perkembangan bayi mereka. Perkembangan minda bayi adalah melalui permainan dan percubaan. Namun, bagi sesetangah ibu bapa menganggap mainan bukan barangan penting kerana bagi mereka menyediakan keperluan bayi seperti susu, pakaian dan lampin pakai buang itulah keutamaan.

Seperti orang dewasa yang mempunyai hobi atau kecenderunagn terhadap sesuatu pasti sanggup berhabisan beribu ringgit untuk perkara tersebut. Begitu juga bayi yang memerlukan permainan sebagai satu cara untuk menghiburkan diri serta menyokong tumbesaran otak dan membina rangsangan deria dan mindanya. Ini adalah satu proses semulajadi pembelajaran bayi tersebut.

Oleh itu, ibu bapa perlu peka dengan keperluan bayi mekera apakah kesesuaian barang maian mengikut tahap umur bayi. Mainan yang bersesuaian untuk bayi baru lahir hingga enam bulan adalah yang mampu merangsang deria bayi. Bayi yang baru dilahirkan memgenali dunia dengan penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Maka, wujudkanlah suasana sesuai dengan perkembangan bayi. Dengan menggunakan warna-warna terang dan ceria untuk menghias bilik bayi akan membantu ransangan deria penglihatan dan tumpuan bayi.

Mainan bergerak misalnya, adalah pergerakan yang mampu menarik perhatian bayi dan memusatkan tumpuannya terhadap sesuatu perkara. Bayi akan memberi perhatian pada pergerakan yang berada disekelilingnya. Ibu bapa juga perlu memilih permainan yang boleh dipicit atau dihisap serta mudah digenggam oleh bayi mereka.

Mainan yang selamat digunakan adalah menjadi keutamaan bagi ibu bapa. Bagi bayi yang cenderung memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya seperti menghisap jari boleh digantikan dengan “theether”. Ianya juga berfungsi untuk melegakan bayi mereka yang sedang dalam proses tumbuh gigi yang menyebabkan rasa gatal gusi dan ketidakselesaan pada gusi bayi. Dengan menyediakan bayi pada barang yang bersesuian ini akan mengelakkan bayi menggigit benda-benda keras yang di jumpainya.

Selain itu, ibu bapa juga boleh hiburkan bayi dengan mainan yang berbunyi atau mempunyai loceng. Ini kerana bayi peka terhadap bunyi-bunyian. Bayi juga menyukai muzik atau irama yang akan mendamaikan jiwa mereka. Alunan ayat-ayat al-Quran atau dendangan lagu berentak perlahan akan mendamaikan bayi. Bayi akan terleka dengan alunan-alunan yang dimainkan padanya. Ini akan membantu sistem pendengaran bayi.

Zemanta Pixie

No comments:

Post a Comment